Selasa, 15 Februari 2011

MAKANAN DAN MINUMAN YANG MEMBANTU INGATAN

Semakin meningkat usia semakin ingatan kita kepada sesuatu akan terhakis sedikit demi sedikit. Ini perkara yang biasa bagi seseorang manusia. Namun begitu, masalah lupa atau susah untuk mengingati menjadi satu masalah untuk seseorang pelajar mencatat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Terdapat beberapa kaedah belajar yang boleh dilaksanakan untuk seorang pelajar itu mengingati sesuatu aspek ilmu yang dipelajari. Walau bagaimanapun, pemakanan yang sihat juga dapat membantu. Pada masa sekarang terdapat pelbagai jenis ubat, vitamin, kapsul dan pelbagai jenis lagi makanan dan minuman tambahan yang dipromosikan sebagai produk yang mampu meningkatkan daya ingatan seseorang pelajar. Tetapi, semua produk itu tidak boleh mengatasi kehebatan Allah S.W.T. dalam menyediakan makanan dan minuman yang terbaik untuk hamba-hambanya. Antara makanan dan minuman kurniaan Allah S.W.T. kepada kita ialah;

Kacang soya memang sedap jika dijadikan minuman. Namun begitu, kacang soya juga boleh dijadikan makanan lain seperti tahu.

Ini merupakan kacang pistachio. Boleh dapat di mana - mana kedai. Rasanya pun sedap.

Kismis juga boleh dijadikan makanan harian ataupun snek. Sedap dan manis.

Pelbagai jenis daging juga merupakan makanan yang boleh dijadikan makanan penguat ingatan. Tetapi tidak digalakkan makan selalu.
Minum air masak juga adalah satu cara yang baik untuk meningkatkan ingatan. Sebab itu kita sering lihat pelajar cina membawa botol air masak yang besar-besar. Mungkin ini salah satu sebab mereka bijak dalam Matematik.

Bunga kobis juga sejenis sayuran yang boleh dijadikan menu dalam amalan pemakanan kita.

Warnanya yang menyerlah daripada sayuran yang lain juga dapat membantu menaikkan selera makan kita. Karot juga sesuai untuk dijadikan minuman.


Susu juga adalah salah satu minuman berkhasiat yang dapat menbantu meningkatkan daya ingatan.


Nota: Semua makanan dan minuman ini boleh didapati dimana-mana. Harganya juga murah. Tidak perlu lagi kita mengambil makanan dan minuman tambahan yang belum tentu berkesan. Yakinkan kepada apa yang diberi oleh Allah S.W.T. kepada kita.

4 ulasan:

  1. Terima kasih for sharing..

    BalasPadam
  2. soya bean best....heheh
    thanks sharing

    BalasPadam
  3. thankz buat infonyaa..
    semoga berguna bagi semua para pembacaa..

    BalasPadam
  4. thx . info ni sgt b'guna bt kita..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...